Thursday, January 5, 2012

♥Sebuah Ceritera Terindah..2011♥

Posted by Cikgu Saiyidah at 1:17 AM 3 comments
      Salam ukhwah, salam semangat! Dapat semangat dari Puan Fifi Shahfinaz, seorang sahabat baik ketika di Matrikulasi Johor untuk terus berkongsi cerita & rasa di blog Nota Hatiku...^__^  Terima kasih Fi, sbb semangat Fifi, dapatlah hasilkan entry kali ni...hehe Walaupun agak keletihan setelah pulang dari sekolah harini pada pukul 8.00p.m. Namun tak rasa stress, malah masih bersemangat nak post entry kali ni..=D

Kisah bermula pada 20 Mei 2011,

Biar gambar menceritakan segalanya..macam tag line Canon, setiap gambar ada lagu..so entry kali ni, "setiap gambar ada cerita"...0_o


17 Jun 2011 - 22 Julai 2011,

 Saat bayi baru berusia 1-3 bulan...Perkembangan yang sempurna. Cuma ummi yang mengalami morning sickness, so ummi yang rasa tak sempurna..hihi Keluar masuk wad 2-3 kali..Namun tetap tabah mengharungi detik terindah ♥~ 


9 September 2011 - 7 Oktober 2011,


4 bulan...5 bulan..keadaan masih sama, tambahan masalah hyperthyroidism turun naik, bak kata Dr. Habibah, macam yo-yo..kejap kadar hormon thyroxine ummi naik, kejap turun dengan mendadak! sehingga Dr. Shaharuddin yg merawat hyperthyroidism ummi, minta berhenti makan ubat wat sementara waktu dan perlu wat ujian darah setiap bulan bagi memantau kadar thyroxine.

 Anak ummi sedang letak tangan di kepala..gaya macam sedang berfikir panjang...hehe entah apa yang difikirkan..walhualam..=) Saat terindah ketika dapat melihat gelagat Muhammad Darwish ketika ini ~♥~
Tiada yang lebih menggembirakan abah Darwish bila tengok baby sedang berkembang dengan baik. Abah Darwish siap sanggup amik cuti setiap kali ummi ada appoinment dgn Dr. Habibah ^_^!


31 Oktober 2011,

Ummi ditahan wad lagi kerana hormon thyroxine terlalu tinggi, tambah dengan masalah hidung berdarah yg dialami selama seminggu, & ummi kembali muntah2 sehingga turun berat badan yg sangat banyak. Ketika ini juga, kami diberitahu oleh Dr. Habibah bahawa 'heart beat' baby lemah. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ummi & abah ketika itu. Seperti tak percaya dgn kata-kata Dr. Habibah sebab ummi sentiasa rasa yang Darwish sangat aktif, bergerak & menendang selalu. Doktor terus meminta ummi untuk dimasukkan dripping vitamin di wad kecemasan. Setelah setengah jam, doktor wat ultrasound kembali, & alhamdulillah 'heart beat'  baby kembali laju & aktif. Namun ummi masih perlu dipantau di wad. Setiap hari ade nurse yg datang untuk wat CTG & dengar denyutan jantung Darwish. Buat pertama kalinya dengar denyutan jantung Darwish, ummi & abah sangat teruja! Abah sempat rekod lagi...hehe 
Selama berada di hospital, hari-hari ummi dapat dengar denyutan jantung Darwish..Alhamdulillah sentiasa aktif & ummi harap Darwish akan terus sihat sehingga saatnya dilahirkan.

2 November 2011,
Pagi tu, ummi dapat dengar denyutan jantung Darwish lagi..masih laju & aktif. Oleh itu, doktor benarkan ummi balik sebab ummi & Darwish dalam keadaan stabil. Alhamdulillah. Lepas discharge, ummi terasa nk makan Mozella Burger di A&W mungkin Darwish yg nak makan 0_o, sempat abah bawa ummi & Darwish pergi makan & abah belanja ummi beli baju blaus mengandung & seluar khas utk ibu mengandung..hehe (walaupun perut tak besar mane..hehe) sempat usha2 tgk baju baby, tp ummi pesan kt abah jgn beli dulu sebab nak tunggu Darwish 7 bulan dulu, konon2 ikut petua orang tua2..=)

Malam tu, setelah penat baru discharge dr hospital & tambahan sempat shopping baju mengandung, ummi masuk tidur awal sebab plan nak pergi sekolah esoknya walaupun dapat MC lagi.


3 November 2011,

Usai solat Subuh, ummi rasa lain macam & tertanya-tanya kenapa Darwish tidur baik je malam tadi, takde kacau ummi tidur pun..langsung tak tendang2..ummi bagi tahu abah, abah tak sedap hati, terus call bos die minta cuti nak bawa ummi pergi check semula. Ummi & abah cepat2 bersiap pergi ke Klinik Keluarga Dahlia Selayang untuk wat ultrasound. Time tu macam2 yg ummi fikir, sepanjang perjalanan, ummi kejut Darwish..abah pn kejut Darwish..tapi Darwish senyap je. Imej ultrasound di bawah menceritakan segalanya ketika di Klinik Keluarga Dahlia.

"Unable to detect FH tro IUD"
Ummi & abah diminta refer kembali ke Pusrawi. Tanpa berlengah masa, ummi & abah terus ke Pusrawi. Kebetulan Dr. Habibah baru masuk klinik, doktor terus panggil kami utk wat ultrasound.  
Ya Allah, saat itu hanya Allah yang tahu perasaan kami. Tiada kata yang mampu terucap hanya deraian air mata yang mampu menyatakan segalanya.


9 November 2011,

3.52 pagi, Muhammad Darwish telah selamat dilahirkan. Namun didaftarkan sebagai 'lahir mati' or 'still birth'. Muhammad Darwish Bin Mohamad Shadiq telah cukup sifat & sempurna cuma beliau pilih untuk berada di syurga bukan di dunia. Ummi bahagia & bersyukur atas nikmat yang Allah beri pada ummi selama 6 bulan setengah bersama Muhammad Darwish.

Nenek bersama Muhammad Darwish ketika setelah dimandikan, dikafankan & disolatkan di Pusrawi. Sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Country Home Rawang.
Saat menziarahi Muhammad Darwish pada 25 Disember 2011(ziarah kubur atuk sekali sempena hari lahir atuk Hj. Abd Malek bin Hj. Ngah)
Semoga Muhammad Darwish & atuk Hj. Abd Malek dicucuri rahmat & berbahagia di Sana.
~Al-Fatihah~

Sebuah Ceritera Terindah 2011 yang tak akan ummi & abah lupakan sepanjang hayat kami -_-

Friday, December 9, 2011

Apam Polka Dot..

Posted by Cikgu Saiyidah at 7:47 AM 1 comments
Resepi apam polka dot ni dapat dr sebuah blog namun dah terlupa blog mane..ngess..=p Post kali ni special dedicated to Kak G, sbb kak G mntak resepi ni..selamat mencuba =)


Bahan-bahan:
-3 biji telur - dari peti sejuk
-275g tepung gandum
-220g gula halus
-150g susu segar/ susu cair/ susu full cream/ santan
-3 sudu teh baking powder
-1 sudu kecil ovallete
-Filling secukupnya
-Pewarna ikut suka

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6-8minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry(atau apa sahaja filling) secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sedehana jer..


Selamat mencuba & berjaya Kak G..=)

Thursday, November 24, 2011

Hidup, Mati & Pedoman..

Posted by Cikgu Saiyidah at 2:38 PM 0 comments

Salam sejahtera buat teman-teman & pembaca (sekiranya ada yang sudi membaca blog usang ini)
Satu persoalan yang ingin ditujukan buat anda..Adakah MENGINGATI atau menyatakan sudah BERSEDIA untuk MATI itu menandakan orang itu hilang PEDOMAN?

Mari kita sama-sama renung & fikirkan..apa tujuan kita hidup? adakah sekadar untuk memenuhi KEPERLUAN & KEINGINAN kita di dunia? atau mungkin kita memang sedar bahawa kita HIDUP di dunia ini sebagai hambaNya yang perlu mencari BEKALAN & KEPERLUAN untuk ke AKHIRAT?

Monday, November 14, 2011

Mencari Redha Allah...

Posted by Cikgu Saiyidah at 11:32 AM 4 comments
Salam, hampir dilupakan blog ini setelah sekian lama menumpukan perhatian pada tahap kesihatan diri & bayi. Namun sebagai hamba Allah yang sering di uji, kita hanya merancang dan Allah menentukan segalanya. Allah tahu apa yang terbaik buat umatNya. Setelah hampir 6 bulan setengah arwah Muhammad Darwish berada dalam rahim ummi, memberi tindak balas apabila diberi salam oleh abah & sering bergerak2 main dalam rahim ummi, Muhammad Darwish dipanggil Allah untuk berada di SyurgaNya. Al-Fatihah buat Muhammad Darwish bin Mohamad Shadiq. Semoga anak ummi & abah bahgia 'di sana'.

Benar, ia juga merupakan satu ujian Allah s.w.t atas ummi dan abah. Namun, peringatan buat ummi & abah, "Sesiapa sahaja yang mampu bersabar serta redha, bagi mereka Syurga dan barangsiapa yang menuding jari menyalahkan Allah s.w.t dan taqdir, mereka adalah dari kalangan ahli neraka."

Nabi bersabda :-

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

Menurut Syeikh Soleh Al-Munajjid, antara hikmah dari kematian seorang kanak-kanak, antaranya sebagai penyelamat diri kanak-kanak terbabit di akhirat kelak, hanya Allah yang mengetahui hikmah sebenar.

Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh menjadi musuh Islam yang terbesar, jatuh murtad, melakukan dosa yang amat dahsyat dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka.
Justeru, dengan kematiannya di waktu kecil, ini bermakna Allah s.w.t dengan rahmatnya telah pasti terselamat dari sebarang dosa besar dan kemurtadan yang mungkin berlaku. Perihal sebegini ada disebut dalam surah al-Kahfi, iaitu sebagaimana kisah Nabi Khidir a.s yang sengaja membunuh seorang anak kecil yang telah diketahui melalui Allah s.w.t akan menjadi penjahat besar kepada ibu bapanya jika ia dewasa.

Ciri Mukmin Yang Sentiasa Tabah

Sama-sama kita pasrah kepada Allah dan mengingati ciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Ertinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)

Syafaat Anak Kecil & Aqiqah
Saya hanya mampu mendoakan buat semua anak yang meninggalkan kita mendapat kenikmatan terbaik di alam barzakh ketika ini dan akhirat kelak. Moga ibu bapanya yang mampu redha dan sabar juga layak mendapat ‘title’ orang beriman dan redha Allah s.w.t. Ia sememangnya tidak mudah, tetapi redha adalah suatu kewajiban dan bukan pilihan.

Jika sekiranya ibu bapanya belum melakukan aqiqah untuk anaknya, eloklah dibuat aqiqah tersebut.

Menurut Imam Ahmad r.h, sekiranya anak kecil meninggal dunia dalam keadaan belum diaqiqahkan, anak tersebut tidak akan membantu (memberi syafaat) kedua ibu bapanya di akhirat. Justeru, syafaat dari anak kecil yang meninggal untuk si ibu bapa adalah bergantung kepada aqiqahnya ( Mirqat Al-Mafatih, 8/78). Wallahu ‘alam.

Ia berdasarkan kefahaman Imam Ahmad dari hadis :-

الغلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم السابع ويسمى ويحلق رأسه
Ertinya : anak tergantung kepada aqiqahnya, dilakukan sembelihan aqiqah pada hari ketujuh dan diberi nama serta dicukur kepalanya” ( Riwayat At-tirmizi dan Ahmad )

Justeru bagi semua ibu bapa, jika terdapat anak yang meninggal dunia dalam keadaan Islam, berusahalah menjadi ibu bapa yang beriman secara tulen. Allah s.w.t pasti akan menghubungkan anak dan ibu bapanya semula di akhirat. Janganlah terlalu bersedih dengan pemergiannya.

Firman Allah s.w.t :-
والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذريتهم وما ألتناهم من عملهم من شيء
Ertinya: “Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” ( At-Tur : 21 )

InsyaAllah, anak-anak kecil yang meninggal ini akan berada di syurga Allah s.w.t. Disebut dalam kitab Ad-Durr Al-Manthur sesungguhnya orang yang beriman dan anak-anaknya akan berada di dalam syurga bersama-sama. (Ad-Durr Al-Manthur, 7/633 ; Tafsir At-Tabari, 27/25)

Bagaimanapun, jika seseorang ingin bersama anaknya tersebut, perlulah ia melakukan amal soleh dan menjadi orang yang beriman dengan benar-benar iman.

Dikutip dari : Takziah, Syafaat anak dan Doa pelindung (www.zaharuddin.net)
 

Nota Hatiku.. Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery